fbpx
Anggota polis membawa Muhammad Azrul untuk didakwa atas pertuduhan atas pertuduhan memiliki senapang angin tanpa lesen di Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAH LAH

Penolong pengurus ladang simpan senapang angin didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang penolong pengurus ladang didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senapang angin tanpa lesen di kuarters ladang Sungai Relai di sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Muhammad Azrul Adzahar, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki senapang angin berwarna hitam jenama Gamo tanpa sebarang permit atau lesen yang sah di kuarters ladang Sungai Relai di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam pada 15 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

Terdahulu, Muhammad Azrul dalam rayuannya memohon hukuman denda dikurangkan dengan alasan dia sedang melanjutkan pelajaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh membeli senapang tersebut secara dalam talian pada harga RM2,000 pada awal 2019.

Tertuduh menyatakan senapang angin itu untuk kegunaan peribadi dan digunakan di sekitar rumah yang terletak di kawasan ladang yang kerap didatangi haiwan liar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN