fbpx
PASUKAN forensik melakukan siasatan ke atas kereta jenis Mazda yang menjadi lokasi wanita ditikam kenalan lelakinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas malam tadi.

Pisau ‘rambo’, alat pemecah ais mungkin senjata tajam tikam ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam untuk menikam leher ibu tunggal sehingga tembus dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, antara senjata tajam tersebut sebagai contoh adalah pisau ‘rambo’, alat pemecah ais atau pemutar skru.

“Berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, kita percaya suspek menggunakan senjata tajam, contohnya sama ada pisau ‘rambo’, alat pemecah ais atau mungkin juga pemutar skru,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Adzli berkata, mangsa yang merupakan ibu tunggal dua anak mengalami kecederaan luka tikaman yang menembusi bahagian kiri hingga kanan leher.

“Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini,” ujarnya.

Menurut beliau, suspek yang juga duda berjaya diberkas kira-kira empat jam setelah melarikan diri sejurus selepas kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) pada pukul 1.50 pagi tadi.

Ketika ditahan lelaki itu bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda.

“Dia dipercayai melarikan diri dengan meredah kawasan bendang untuk ke lokasi tersebut sejauh 6.2 kilometer,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Semakan mendapati suspek bebas pengaruh dadah, namun  memiliki rekod jenayah sama di bawah Seksyen 326KK bagi kes menikam seorang wanita dipercayai teman wanitanya.

Bagaimanapun, tambah Adzli, lelaki tersebut dilepaskan daripada pertuduhan kerana mangsa dalam kes terdahulu tidak berminat untuk meneruskan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN