fbpx
TRUMP bercakap kepada pemberita di Pangkalan bersama Andrews di negeri Maryland kelmarin. – AFP

Dua pegawai polis saman Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Dua pegawai po­lis memfailkan saman untuk menyekat pentadbiran Presiden Donald Trump daripada me­nu­buhkan dana pampasan yang bo­leh digunakan untuk membuat bayaran kepada penyokongnya yang menyerang Capitol pada 6 Ja­nuari 2021.

“Dalam perilaku rasuah pre­siden paling berani abad ini, Trump mewujudkan dana gelap menggunakan wang pembayar cukai berjumlah AS$1.776 bilion (RM7 bilion) untuk membiayai pemberontak dan kumpulan separa tentera yang melakukan keganasan atas namanya,” kata mereka dalam saman difailkan di sebuah Mahkamah Persekutuan di Washington kelmarin.

“Walaupun Trump dan kroninya berahsia tentang tujuan dana ini, laporan mengenainya tidak meninggalkan keraguan bahawa ia akan digunakan untuk membayar hampir 1,600 orang yang didakwa menyerang Capitol (Parlimen),” kata mereka.

Trump memberi pengampu­nan beramai-ramai kepada semua defendan pada 6 Januari la­lu, hari beliau kembali mendu­duki kerusi White House.

Dua pegawai yang memfailkan saman itu Harry Dunn dan ­Daniel Hodges adalah antara mereka yang mempertahankan Capitol da­ripada perusuh pro-Trump yang berusaha untuk menyekat pe­ngesahan kemenangan pilihan raya Presiden Joe Biden.

Jabatan Kehakiman mengumumkan penubuhan dana kontroversi dinamakan ‘Anti-Wea­po­nization Fund’ itu Isnin lalu.

Saman itu menyatakan bahawa dana Anti-Weaponization Fund adalah menyalahi undang-un­dang AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN