fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Aisyahhh.humairaaa di laman Threads.

[VIDEO] ‘Inilah yang buatkan orang tak suka Islam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan lelaki mengalunkan qasidah dengan kuat di dalam tren MRT mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial selepas video tersebut tular di laman Threads.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial menyatakan, kelihatan sekumpulan lelaki memakai tanjak sedang berqasidah sambil memainkan alat muzik gendang di dalam koc tren berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, ada antara mereka yang berdiri dan duduk sambil mengalunkan qasidah sehingga suaranya bergema di dalam pengangkutan awam itu.

Bagaimanapun, Aisyah berkata, dia tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan lelaki tersebut kerana berpendapat ia boleh mengganggu penumpang lain yang menggunakan pengangkutan awam selepas penat bekerja.

“Aku Muslim tapi aku tak setuju dengan benda ni. Orang dah stres balik kerja, kena menghadap ni pula. Ini lah yang menyebabkan orang bukan Muslim tak suka dengan Islam,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang menyifatkan tindakan berkenaan tidak sesuai dilakukan di tempat awam seperti tren.

Seorang pengguna, @Justfaruq pula berpendapat tindakan kumpulan lelaki itu walaupun mungkin dilakukan atas dasar kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW, namun ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.

“Dia fikir dia menyayangi Nabi, namun hakikatnya tindakannya itu boleh menimbulkan fitnah terhadap agama,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Tierah.rahman berkata, aktiviti seperti berqasidah lebih sesuai dilakukan di kawasan terbuka dan bukannya di ruang tertutup seperti pengangkutan awam.

“Saya setuju. Aktiviti seperti itu lebih sesuai dilakukan di kawasan terbuka dan bukannya di ruang tertutup seperti tren,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengguna lain berkata turut membandingkan situasi tersebut dengan kemungkinan kaum lain memainkan alat muzik kebudayaan masing-masing di dalam tren.

“Bayangkan jika kaum India bermain urumi atau masyarakat Cina bermain gendang tarian singa di dalam tren. Bukan tidak suka, tetapi biarlah bertempat,” kata @Menagah_nityananthan – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN