fbpx
azar
GUGUP dan risau, Azar kelihatan menangis ketika mula-mula hendak melangkah masuk ke set penggambaran drama pertama lakonan setelah tujuh tahun hilang dari radar dunia hiburan.

‘Takut nak masuk set’ – Video drama Azar raih sejuta tontonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tujuh tahun menyepi, pelakon Azar Azmi terus mencuri perhatian apabila membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan, sekali gus mengubat rindu peminat setia.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, tiba di lokasi penggambaran dan teragak-agak keluar dari kenderaan sebelum dipujuk pengurusnya sekali gus mengakui perasaan gemuruh menyelubungi diri selepas sekian lama meninggalkan dunia lakonan.

“Nervous, takut sangat nak masuk set. Terima kasih,” ujarnya ringkas.

Menerusi drama terbaharu berjudul Bulan Henti Bicara terbitan Treputree Production, pelakon itu bakal kembali menghiasi slot MegaDrama Astro Ria bersama barisan pelakon berpengaruh tanah air.

Ruangan komen media sosial pula dibanjiri pelbagai reaksi positif. Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu selain mengakui tersentuh melihat ketulusan emosi dipamerkannya.

“Rindu Azar. Air mata itu jujur sangat. Sebak rasanya melihat seorang wanita yang jatuh terduduk kini bangkit perlahan-lahan.

“Tak sabar nak tengok dia kembali berlakon. Saya memang peminat dia sejak dahulu.

“Comel tengok dia nervous, tapi itulah tanda dia sayang kerja dia,” antara komen netizen.

Untuk rekod, pelakon tersebut sebelum ini dikenali menerusi drama popular seperti Nur 2, Isteri Misteri, Red Velvet dan Suri Hati Mr Pilot.

Selain Azar, Bulan Henti Bicara turut dibintangi pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Ali Reza, Farah Ahmad dan Hushairi Husin.

Lebih menarik, video kemunculan semula Azar meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus membuktikan aura pelakon itu masih utuh dalam hati peminat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN