fbpx
OTHMAN (kiri) dan Muhammad Husaini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai dalam pengendalian bahan letupan sehingga menyebabkan kebakaran khemah bunga api, minggu lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Dua peniaga mercun didenda RM2,000 sebabkan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua peniaga mercun didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai dalam pengendalian bahan letupan sehingga menyebabkan kebakaran khemah bunga api, minggu lalu.

Tertuduh, Othman Abu Kasim, 31, dan Muhammad Husaini Ehsa, 36, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Nabilah Nizam.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama dengan cuai tidak mematuhi jarak selamat antara bahan letupan dalam milikan iaitu mercun dalam gerai bunga api, dengan bahan api yang terkandung dalam kenderaan-kenderaan yang parkir berdekatan.

Perbuatan itu dilakukan di Majidee Corner, Jalan Bunga Kemboja Majidee, Kampung Sulaiman Menteri di sini pada pukul 8.20 malam, 23 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Vijayan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM2,000 dan 4 bulan penjara jika gagal bayar setiap tertuduh. Tertuduh membayar denda tersebut.

Terdahulu, pada 23 Mac lalu, media melaporkan sebuah khemah menjual bunga api terbakar yang turut menyebabkan sebuah kereta Proton Gen 2 dan sebuah lori ‘food truck’ terbakar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN