fbpx
Gambar hiasan.

Semua sekolah di Kelantan diarah tangguh aktiviti luar bilik darjah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Semua sekolah di Kelantan diarahkan untuk menangguhkan segala aktiviti luar bilik darjah berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada 595 buah sekolah di negeri ini menerusi surat pekeliling yang diedarkan semalam.

Menurutnya, setakat ini, Kelantan belum merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius secara berterusan dalam tempoh tiga hari berturut-turut, namun pihaknya sentiasa memantau operasi sekolah termasuk laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

“Kita edarkan surat kepada semua sekolah semalam supaya semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

“Arahan itu bagi mengelakkan murid atau pelajar daripada terkena strok haba. Setakat ini, tiada laporan murid atau pelajar yang terjejas akibat strok haba di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 di JPN Tunjong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Siti Norina memberitahu, pihak sekolah juga disarankan memastikan pelajar memakai pakaian sukan yang lebih selesa bagi mengurangkan risiko kesan cuaca panas.

Menurutnya, keadaan cuaca di Kelantan ketika ini dilaporkan masih terkawal, namun pemantauan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin.

“Sekiranya suhu mencecah antara 39 hingga 40 darjah Celsius, keadaan itu dikategorikan sebagai ekstrem dan sekolah akan ditutup,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN