KUALA TERENGGANU – Seramai 591 calon Terengganu memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan sebentar tadi.
Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, ia peningkatan 59 calon berbanding 532 orang pada tahun lalu.
“Calon SPM negeri ini yang memperolehi semua A+ juga meningkat kepada 25 orang berbanding 11 orang pada tahun lalu.
“Gred Purata Negeri (GPN) juga meningkat kepada 4.17 yang juga mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 4.42,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM peringkat Terengganu di sini hari ini.
Rosli berkata, seramai 11,633 daripada 17,457 calon iaitu 67.6 peratus lulus bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Beliau berkata, pencapaian itu lebih baik berbanding 66.41 peratus yang dicapai pada tahun lalu.
“Secara keseluruhannya, 96.61 peratus iaitu 16,624 calon yang menduduki SPM layak menerima sijil SPM.
“Begitupun, seramai 249 calon atau 1.42 peratus tidak hadir pada peperiksaan SPM 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE














