fbpx
Bomba berusaha memadamkan kebakaran. - Lambe Turah

Khemah kenduri terbakar beberapa jam sebelum kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu majlis perkahwinan di Tanah Datar, wilayah Sumatera Barat bertukar tragedi apabila khemah yang lengkap dengan peralatan hangus terbakar pada malam sebelum acara berlangsung, lapor portal berita Lambe Turah.

Dalam kejadian 25 Mac lalu, khemah, peralatan meja dan kerusi serta sistem bunyi hangus dijilat api.

Menurut anggaran awal, jumlah kerugian akibat kebakaran itu sekitar 400 juta rupiah (RM95,000). 

Bagaimanapun, majlis perkahwinan tetap diteruskan mengikut jadual meskipun kebakaran berlaku cuma beberapa jam sebelum acara pernikahan berlangsung.

“Majlis perkahwinan akan tetap berlangsung mengikut masa yang dirancang sebelum ini,” kata wakil keluarga pemilik rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN