fbpx
Tangkap layar hantaran video oleh pengguna di TikTok berkenaan terdapat seekor lipan bersembunyi di dalam cili kering.

Meremang bulu roma tengok cili kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu berdepan detik mencemaskan apabila menemui lipan di dalam cili kering ketika memasak.

Menerusi hantaran video di media sosial oleh @arepsw, kelihatan seekor lipan bersaiz kecil namun cukup lincah merayap keluar dari cili kering tersebut selepas digunting sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terutama suri rumah.

“Sebab ini aku gunting kecil-kecil cili kering dan rendam tiga, empat kali sebelum direbus. Takut ada benda macam ini terlepas masuk dalam blender (pengisar),” kata seorang pengguna.

Rata-rata pengguna trauma, malah ada yang nekad untuk tidak mahu menggunakan cili kering dalam masakan untuk sementara waktu.

Meskipun serangga itu nampak kecil, namun kewujudan serangga dalam cili kering sudah cukup membuatkan orang ramai ‘meremang bulu roma’.

“Dah lah aku jenis kalau masak cili kering terus rebus, tak ada gunting selepas ini memang taubat kena gunting kecil,” kata Aisyfir.

“Baru rancang nak buat ayam masak merah guna cili kering, tak naklah. Buat ayam masak pink (merah jambu) sahajalah,” seloroh Intancapikah.

“Lepas ini beli cili boh, malas nak potong cili,” balas Michievious1.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih teliti dalam membersihkan bahan kering yang disimpan lama kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai serangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN