fbpx
HARIMAU Malaya masih ada misi yang perlu dilunaskan berdepan Vietnam biarpun impian ke Piala Asia 2027 sudah tertutup. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya masih ada misi penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJARAH lalu wajar menjadi pedoman buat seluruh skuad Harimau Malaya untuk sekali lagi membuktikan Vietnam tidak terlalu kebal untuk dikalahkan di laman mereka.

Selain misi untuk memulihkan maruah yang tercalar ekoran isu pemalsuan dokumen, kemenangan ke atas Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, esok akan memberikan hadiah ‘manis’ buat peminat memandangkan kali terakhir Harimau Malaya menang di tempat lawan adalah hampir 12 tahun lalu.

Lebih manis, kejayaan pada separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi pada Disember 2014 dicipta hasil sentuhan tenaga pemain tempatan 100 peratus dan hanya dilatih tenaga tempatan, Datuk Dollah Salleh.

Walaupun cerita ini sudah dianggap terlalu lama untuk diungkit semula, tetapi ia mampu menjadi perangsang buat skuad ketika ini membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan bakat berkualiti.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim percaya biarpun perjalanan ke Piala Asia dianggap sudah terhenti, namun Harimau Malaya memiliki motif untuk memburu kemenangan pada aksi kali ini.

“Jadi siapa pun terpilih sama ada pemain pilihan kedua, pilihan ketiga atau bukan pilihan, itu semua tak kisah kerana paling penting mereka mesti bermain mati-matian untuk mempertahankan maruah Harimau Malaya.

“Walaupun Harimau Malaya sudah tidak ada peluang untuk layak ke Piala Asia 2027, tetapi sekarang adalah peluang terbaik mempertahankan martabat pasukan negara,” katanya.

Walaupun Vietnam dibawah kendalian Kim Sang-sik masih cemerlang untuk meneruskan keputusan positif di pentas antarabangsa, aura yang dijelmakan mungkin belum mencapai seperti pernah dilakukan oleh manta pengendali sebelum ini, Park Hang-seo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN