fbpx
Ali menunjukkan lokasi dia ternampak kaki bayi tersingkap dari dalam plastik hitam di kawasan kebun di Kampung Rembang Panas, di sini, petang semalam. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

‘Saya nampak kaki bayi dalam plastik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang penternak lembu tidak menyangka plastik hitam yang dilihatnya di kawasan kebun di Kampung Rembang Panas di sini semalam rupa-rupanya mengandungi jasad seorang bayi yang cukup sifat.

Penternak yang hanya ingin dikenali sebagai Ali, 30an, itu berkata, sekitar pukul 6 petang itu, dia sedang menghalau lembunya untuk kembali ke kandang sebelum ternampak sekumpulan monyet sedang mengerumuni plastik tersebut.

“Kumpulan monyet itu terus larikan diri sebaik melihat saya melalui kawasan berkenaan. Ketika itum saya terkejut apabila ternampak kaki bayi dari dalam plastik. Bila lihat macam tu, saya terus rasa tak sedap hati.

“Saya pergi ke rumah kawan dan minta dia tolong tengokkan apa sebenarnya yang ada dalam plastik. Kawan saya berani sedikit, bila dia tengok rupa-rupanya ada bayi cukup sifat. Masih elok keadaannya. Kami segera maklumkan kepada pihak berkuasa sebab hari sudah petang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujar Ali lagi, dia tidak dapat lelap tidur malam semalam kerana terfikirkan keadaan bayi tersebut walaupun masih dalam keadaan sempurna.

“Lokasi kejadian ni merupakan kawasan kebun tinggal serta terletak lebih 20 meter dari laluan utama Jalan Bukit Kepis-Juasseh. Saya harap kejadian luar jangka ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN