PETALING JAYA – Pelajar sekolah perlu bersedia menghadapi sesi persekolahan tanpa henti sepanjang bulan April kerana tiada cuti panjang dijadualkan dalam kalendar akademik sepanjang bulan tersebut.
Menerusi hantaran di Threads oleh Ameeraazreen berkata, dia mengingatkan rakan sejawatnya bahawa mereka hanya mempunyai baki tiga hari sahaja lagi untuk berehat sebelum memasuki bulan April yang ‘kosong’ daripada cuti sekolah.
“Buat guru-guru semua sedarlah anda masih berbaki lagi tiga hari untuk berehat,” katanya.
Rata-rata pengguna turut mendakwa jadual pada bulan April sangat padat dengan pelbagai aktiviti sekolah.
“Bulan April ini pack (padat) betul dengan aktiviti sekolah,” jelas Harrazhazqil.
Menurut Afifiasri96, dia meluahkan kerisauan menanti keputusan SPM yang dijangka keluar sebaik sahaja sekolah bermula pada hari Selasa, 31 Mac 2026.
“Buka sekolah hari Selasa keluar keputusan SPM. Agak risau sebab kita tahun lepas pertama kali ajar kelas SPM,” ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, bagi guru-guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak mempunyai cuti umum bersempena ‘Good Friday’ pada 3 April 2026 yang membolehkan sekolah di wilayah tersebut hanya beroperasi selama dua hari pada minggu pertama persekolahan. – KOSMO! ONLINE














