fbpx
Tengku Mohd. Faizal (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas serta beberapa barangan lain daripada suspek kes tembak pada sidang akhbar di IPD Kulim hari ini.

Suspek, mangsa kes tembak miliki berbelas rekod jenayah, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Suspek dan mangsa kes tembak di Kampung Permatang Durian, Padang Serai di sini Jumaat lalu masing-masing mempunyai 13 dan 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd. Faizal Tengku Yeng berkata, suspek yang merupakan pemandu lori berusia lingkungan 40-an dan mangsa, seorang operator kilang berusia lingkungan 30-an didapati negatif dadah.

“Siasatan awal mendapati mereka saling mengenali antara satu sama lain dan kita masih menyiasat punca sebenar pertengkaran sehingga berlaku tembakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera pada lengan kanan serta dada menerima rawatan di Hospital Kulim dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan pemeriksaan awal mendapati kecederaan tidak melibatkan organ dalaman.

Tambahnya, suspek berjaya ditahan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai dalam tempoh setengah jam selepas kejadian dilaporkan.

“Dia kemudian direman selama enam hari sehingga 26 Mac ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” ujarnya.

Polis turut merampas sepucuk pistol jenis revolver .38, 10 butir peluru hidup, kelongsong peluru, pakaian dipercayai digunakan semasa kejadian serta sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kuning.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN