fbpx
MARQUEZ perlu teruskan usaha untuk kembali mendapat tunggangan terbaik selepas meraih tempat keempat GP Brazil kelmarin. - AFP

Marquez belum temui tahap terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOIANIA – Pelumba Ducati, Marc Marquez menegaskan dia masih belum berada pada prestasi terbaik meskipun menamatkan Grand Prix (GP) Brazil di Litar Antabangsa Ayrton Senna kelmarin di tempat keempat.

Dia yang juga juara musim lalu berkata, prestasinya masih jauh jika dibandingkan dengan aksi dipamerkan sepanjang 2025 selain mengakui dia perlu bekerja keras untuk kembali memenangi perlumbaan.

Jelas Marquez, pada perlumbaan tersebut, dia tidak dapat menampilkan tunggangan seperti biasa apabila terasa kekok mengendalikan jentera sehingga menyebabkan dia mempersoalkan apa yang dilakukan sepanjang minggu lalu.

“Apabila saya berada di atas jentera, saya rasa sangat kekok dan tidak seperti biasa. Bagi saya, ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan apa yang saya pamerkan sepanjang saingan musim lalu.

“Secara jujur, saya sebenarnya risau dan tidak boleh berada dalam keadaan tenang. Saya rasa seperti tidak faham apa yang kami cuba lakukan dan seolah-olah perlumbaan minggu ini sia-sia,” katanya.

Juara dunia sembilan kali itu turut mahu memastikan keadaan fizikalnya kembali ke tahap terbaik, sekali gus mampu membantunya untuk ‘menjinakkan’ jentera musim ini yang dikatakan agak ‘liar’.

“Apabila anda berjuang bagi menguasai jentera, anda akan menggunakan lebih tenaga dan ia sangat memenatkan. Oleh itu, saya perlu meningkatkan kemampuan fizikal bagi mengelakkan perkara tidak diingini,” ujar Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN