fbpx
HAKIM Danish berdepan masalah cengkaman tayar sehingga gagal mempertahankan posisi dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12. - FB ZK RACING

Hakim Danish dedah punca tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengakui sukar untuk bersaing secara konsisten dalam kelompok hadapan selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman di kedudukan ke-12 di Litar Sachsenring, kelmarin.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi sepatutnya boleh meraih keputusan positif selepas memulakan perlumbaan di petak ketiga tetapi bergelut dengan masalah jentera untuk menamatkan saingan dengan catatan masa 33 minit 19.287 saat.

Menurut Hakim Danish, masalah cengkaman tayar belakang menjadi penghalang utama untuk tampil lebih garang di litar tersebut sehingga terpaksa berpuas hati dengan hanya mengutip empat mata.

Pelumba kelahiran Terengganu itu berkata berkata, perlumbaan yang sukar sudah dijangka selepas tidak begitu yakin dengan jentera sepanjang sesi latihan sebelum ini.

“Untuk minggu ini memang agak sukar bagi saya. Sejak sesi latihan lagi saya tidak berasa begitu yakin, tetapi setiap sesi saya cuba memperbaiki masalah yang saya hadapi.

“Semasa sesi kelayakan saya menggunakan tayar lembut untuk melakukan ‘time attack’ dan saya rasa cengkamannya sangat baik. Tetapi, untuk perlumbaan saya menggunakan tayar keras kerana perlumbaan di sini agak panjang iaitu 23 pusingan.

“Namun, saya bergelut dengan cengkaman tayar belakang sejak awal perlumbaan. Saya cuba menguruskannya sebaik mungkin dan mengejar kelompok hadapan, tetapi memang agak sukar,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan keseluruhan pelumba berusia 19 tahun itu kini jatuh satu anak tangga di kedudukan ketujuh selepas meraih 86 mata apabila dipintas jaguh Indonesia, Veda Pratama dengan perbezaan empat mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN