DUNGUN – Seorang wanita dan anaknya terkorban selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbabas di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, dua beranak tersebut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Difahamkan, tiga lagi ahli keluarga mereka cedera parah. Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun, manakala tiga lagi mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE














