KUALA NERANG – Cuaca panas tidak menghalang umat Islam terutama di utara tanah air berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai walaupun ramai yang mengadu sakit kepala ekoran terdedah lama di bawah terik matahari. Seorang perantau, Azmeer Mahizi, 40, berkata, dia sekeluarga dari Taiping, Perak pulang beraya di Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap sehari sebelum sambutan Aidilfitri. “Cuaca panas di sini memang lain macam, daerah Padang Terap paling panas dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius. “Selesai solat sunat Aidilfitri,……














