fbpx
Gambar hiasan.

Subsidi cecah RM3.2 bilion susulan harga petrol, diesel naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbelanjaan subsidi bahan api meningkat secara mendadak daripada kira-kira RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan konflik di Asia Barat.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu disebabkan kenaikan harga minyak dunia apabila laluan utama minyak, Selat Hormuz terjejas akibat konflik tersebut.

“Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak. Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz.

“Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan ramai mengapa harga minyak negara turut terkesan sedangkan Malaysia merupakan pengeluar minyak.

Bagaimanapun katanya, rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi disalurkan melalui BUDI Budi Madani RON95 (Budi95) dan Budi Diesel.

Kosmo! sebelum ini melaporkan harga Diesel meningkat kepada RM4.75 sen seliter, manakala harga RON95 naik kepada RM3.27 dan RON97 pada harga RM4.55 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga petrol bagi program Budi 95 kekal RM1.99 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter untuk pengangkutan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI