fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di lokasi gerai menjual mercun di Nibong Tebal, awal pagi tadi.

Gerai jual mercun terbakar, tiada mangsa terlibat – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah gerai menjual mercun di Taman Pekaka, Nibong Tebal di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran gerai berlaku kira-kira pukul 12.05 malam tadi.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

“Kebakaran melibatkan sebuah gerai yang dijadikan tempat penjualan mercun dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 95 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 musnah 90 peratus. Api dapat dikawal pada pukul 12.25 malam tadi dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kebakaran telah dapat dipadamkan pada pukul 12.44 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.25 pagi tadi.

“Kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI