fbpx
Tangkap layar kemeriahan sambutan malam raya Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah.

[VIDEO] Sungai Petani ‘pecah rekod’, main bunga api smpai 6 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana malam sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah meriah dengan letupan bunga api yang didakwa berlarutan sehingga pukul 6 pagi.

Menurut perkongsian klip video dimuat naik seorang pengguna di media sosial, kelihatan orang ramai mengambil kesempatan bermain bunga api di sebuah kawasan lapang.

Malah ada yang mendakwa pihak berkuasa terpaksa menutup beberapa laluan bagi mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.
“Sungai Petani ‘pecah’ dengan sambutan meriah sehingga beberapa laluan terpaksa dipantau pihak polis dan dikawal rapi. Malam ini boleh dianggap antara malam sambutan paling meriah dalam sejarah Kedah.

“Sehingga pukul 6 pagi, bunyi bunga api dilaporkan masih kedengaran dan suasana sambutan masih meriah,” katanya di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut yang meraih lebih 7,000 tanda suka turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Memang gila rakyat Kedah, macam pergi berperang,” kata Skye.

“Sumpah bergegar macam kena gempa bumi,” seloroh Aleeya.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan situasi tersebut.

“Bukan nak jadi ‘joy killer’, tapi malam tadi memang susah nak tidurkan bayi. Muka terkejut sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN