fbpx
Gambar hiasan

Hati-hati memandu, hujan lebat landa Perak, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang.

Ribut petir di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan serta Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
Selain itu, hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Cuaca buruk di Sarawak pula membabitkan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit).

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN