BERLIN – Seorang wanita dari India menempa nama dalam Guinness World Records selepas mengangkat dan melontar seramai 10 lelaki dalam masa cuma 37.44 saat, lapor stesen penyiaran NDTV.
Sina Ruppenthal mencatatkan rekod dunia masa paling pantas untuk mengangkat dan membaling 10 lelaki.
Sina melakukan percubaan itu dalam rancangan televisyen, Die große Show der Weltrekorde di Munich, Jerman pada 25 Ogos 2025.
Pencapaian itu tidak hadir mudah apabila dia perlu mengangkat setiap peserta dan membaling mereka daripada bahunya dengan pantas.
Pengadil Guinness World Records berkata, setiap lelaki perlu diangkat dengan selamat dan dibaling menggunakan pergerakan terkawal bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan. – AGENSI














