fbpx
Rakyat Palestin berkabung di majlis pengebumian keluarga yang ditembak mati di bandar Tammun, Tebing Barat. - Shutterstock

Israel bunuh 4 beranak di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMALLAH, TEBING BARAT – Sepasang suami isteri dan dua anak mereka terbunuh selepas ditembak tentera Israel di wilayah Tebing Barat, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Keluarga Palestin terdiri daripada enam orang itu ditembak semasa menaiki kereta di bandar Tammum, utara Tebing Barat. 

Dua lagi kanak-kanak terselamat, namun cedera ringan. 

Pihak berkuasa Israel mendakwa kononnya kereta tersebut dipandu laju ke arah tentera Israel, mendorong mereka melepaskan tembakan. 

“Empat rakyat Palestin yang berada dalam kenderaan itu terbunuh,” kata tentera dan polis Israel sambil menambah, insiden sedang disiasat. 

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, empat mangsa terbunuh termasuk pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang masing-masing berumur lima dan tujuh tahun. 

“Semua mangsa tiba di hospital dengan kesan tembakan di muka dan kepala,” kata kementerian itu. 

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, tentera Israel pada awalnya menghalang kakitangannya daripada mendekati dua mangsa yang cedera di dalam kereta. 

Mereka turut diarah untuk meninggalkan kawasan itu. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Israel melaksanakan sekatan pergerakan di kebanyakan kawasan Tebing Barat sejak  perang AS-Israel ke atas Iran tercetus pada 28 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI