fbpx
Gambar hiasan.

Jangan kahwin engineer, tak romantis!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbul perdebatan hangat di aplikasi Threads berkenaan isu ramai wanita kini mencari lelaki yang bekerja sebagai jurutera.

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Yinayz berkata, sekiranya wanita pula seorang jurutera siapakah bakal calon suami mereka.

“Dekat threads ni ramai nak cari husband engineer (jurutera). Habis kami female engineers ni nak cari apa?,”soal wanita tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna Drmalarsanthi menasihatkan supaya tidak mencari suami seorang jurutera kerana tidak romantik.

“Saya isteri kepada seorang jurutera. Nasihat saya, jangan cari suami jurutera kerana ‘spesies’ mereka ini jenis yang sentiasa buat penilaian risiko, sangat mementingkan kecekapan kos, dengan pakej kurang romantik.”

“Beli bunga, rugi sebab bunga layu, jadi dia bagi duit suruh beli apa yang kita suka. Ubah suai rumah kena ikut spesifikasi keselamatan dulu. Siap kena ada laluan kecemasan.

“Nak pergi bercuti, kena ada penilaian risiko dan keselamatan dan ramalan cuaca. Tapi dorang (suami jurutera) orang yang bertanggungjawab pelindung, ‘provider’, bab romantik tu memang ciput,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN