fbpx
KEADAAN sebuah treler yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di di Kilometer 18 Jalan Lipis-Jerantut di sini semalam.

Pemandu maut, treler terbalik bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya itu terbalik dan bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 18 Jalan Lipis-Jerantut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 2.28 petang itu berlaku ketika mangsa Shafik Fanzi Rosli,41, yang memandu treler muatan batu kapur dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Mentakab manakala pemandu lori dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian semasa treler sedang melalui selekoh tajam ia telah hilang kawalan ke kanan jalan lalu terbalik dan bertembung secara berhadapan dengan sebuah lori jenis Isuzu yang datang dari arah bertentangan.

“Pada masa itu kereta jenis Honda Jazz yang berada di belakang lori jenis Isuzu cuba mengelak tetapi gagal dan melanggar lori berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat kemalangan menyebabkan pemandu treler meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu lori mengalami kecederaan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

“Mana-mana pihak yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dan polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN