fbpx
Mohamad Hasan ketika ditemui pada sidang media semalam. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

Malaysia gesa Israel fikir semula tindakan tutup pintu Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Malaysia menggesa rejim Zionis Israel supaya segera memikirkan semula tindakan menutup pintu Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Muslim sepanjang bulan Ramadan, bagi membolehkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin, menunaikan ibadah termasuk solat sunat tarawih serta solat sunat Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan menutup pintu masjid suci itu merupakan perbuatan tidak bermoral dan amat keji kerana menghalang umat Islam daripada menggunakan tempat ibadah yang telah digunakan sejak beribu tahun.

“Menahan orang ramai daripada menggunakan tempat ibadah suci umat Islam adalah satu tindakan yang sangat tidak bermoral dan amat keji,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan percaya banyak negara lain juga akan turut sama menyuarakan bantahan serta kecaman sama.

Sebelum ini, menteri-menteri luar dari negara majoriti Islam turut menggesa Israel supaya segera menghentikan penutupan pintu masuk kompleks masjid berkenaan, sambil mengecam tindakan berterusan menutup kawasan tersebut kepada umat Islam khususnya pada bulan suci itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI