fbpx
Suspek ketika diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bekas pengusaha sewa kereta dipenjara tipu bayaran sewa tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan bekas pengusaha sewa kereta menipu seorang lelaki bagi bayaran sewaan berjumlah RM40,100 mengundang padah selepas didenda RM50,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin turut memerintahkan tertuduh, Mohd. Shuib Bahari, 42, dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda itu, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Shuib didakwa secara tidak jujur memperdayakan seorang lelaki dengan mendorongnya membuat pindahan wang berjumlah RM40,100 ke dalam akaun bank miliknya.

Ia kononnya sebagai bayaran sewaan sebuah tadika di Kampung Melayu Sungai Buloh sedangkan perkara itu tidak benar.

Perbuatan itu dibuat di Kampung Sungai Buloh antara Januari 2020 dan Disember 2022 dan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Alimi Mustapha manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Zarif Othman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI