fbpx
Tangkap layar video orang ramai beratur panjang di sebuah cawangan bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk menukar duit raya semalam.

[VIDEO] ‘Beratur empat jam di bank nak tukar duit raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai sanggup beratur panjang, malah ada yang menunggu sehingga empat jam untuk menukar duit raya di sebuah cawangan bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi semalam.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @tieyshukri_94, kelihatan orang ramai beratur panjang bermula dari bank tersebut, hingga luar bank iaitu kaki lima kedai serta tempat letak kereta di kawasan berkenaan.

Pada kapsyen video berkenaan, wanita itu berkata, dia mula beratur pada pukul 9 pagi dengan segala urusan penukaran duit raya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri itu selesai kira-kira pukul 1 tengah hari.
“Pukul 9 pagi beratur, 9.30 pagi dapat nombor. Pukul 1 tengah hari baru dapat duit. Tahun-tahun lepas tukar dengan runner/kawan. Tahun ni nak rasa tukar duit sendiri, noh hambek kau empat jam kat bank saja hari ni,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas dan ada juga berkongsi pengalaman sama serta tidak dapat menukar duit hari raya disebabkan terlalu ramai beratur.

“Pedih, ambil cuti. Satu cawangan bank di Parit Raja. Ikutkan giliran nombor akhir ke-60, tapi nombor tu untuk staf bank pula. Memang pedih dahlah nak beratur lama, tak ada rezeki. Dah lah aku ni pelanggan bank ni puluhan tahun, memang pedih,” komen pengguna TikTok Suria2026.

“Tahun lepas saya tukar di cawangan Bandar Baru Bangi ni, pukul 5 petang baru selesai. Korang rasa? Saya beratur pukul 8 pagi, terpaksa ambil cuti tahunan satu hari. Tak berbaloi langsung,” komen Missfagh.

“Saya dah tak sanggup. Lima tahun dah beratur. Umur dah meningkat. Tahun ni tak mampu beratur sampai hampir tiga jam,” kata Ayu. – KOSMO! ONLINE

@tieyshukri_94MAYBANK BBB SEK9 9am- start beratur 9.30am- dapat nombor 1pm – baru dpt duit🥹 Tahun2 lps tkr ng runner/member. Tahun ni rasa nk vibes tkr duit sndri, nohh hambek engkoo 4jam kt bank saja hari ni😫

♬ original sound – SKKAMPONG BAHARU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN