fbpx
PSG masih lagi meratapi kekalahan 1-3 kepada Monaco dalam aksi Ligue 1 baru-baru ini. - AFP

UCL: Juara bertahan semakin bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui skuad kendaliannya berada dalam keadaan sukar menjelang pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Chelsea di Parc des Princes awal pagi esok.

Juara bertahan itu dianggap sedang bergelut ketika ini, terutamanya selepas mereka tewas mengejut 1-3 kepada AS Monaco, sekali gus merencatkan misi mereka bagi mempertahankan takhta Ligue 1.

Enrique berkata, aksi bertemu Chelsea merupakan peluang terbaik untuk mereka melakukan kebangkitan, seterusnya meraih keyakinan bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan musim ini.

“Bagi saya, aksi menentang Chelsea merupakan satu perlawanan yang sangat penting sepanjang saingan musim ini. Kami perlu mengembalikan keyakinan pasukan bagi mengubah situasi yang sedang dihadapi ketika ini.

“Keyakinan tidak boleh dibeli di mana-mana kedai kerana ia perlu dibina hari demi hari. Memang jelas kami sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu, jadi ia tidak boleh terus begini,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan PSG, Nuno Mendes menggesa rakan sepasukan supaya mempamerkan aksi terbaik memandangkan mereka sering hilang penguasaan bola sehingga memberi kelebihan kepada pemain lawan.

“Kami perlu memperbaiki kelemahan dari segi penguasaan bola kerana itulah kekurangan kami ketika ini. Kami perlu melakukan lebih banyak serangan ke arah pintu gol lawan berbanding bermain di bahagian bawah,” ujar Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN