fbpx
AB GHANI

Ab. Ghani tolak jawab khabar angin calon ‘kerusi panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESIDEN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan ambil pendekatan kunci mulut dengan khabar angin mengaitkan namanya sebagai calon hangat untuk dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mengambil kira pengalaman luasnya dalam arena bola sepak negara, Ab Ghani tidak mahu mendahului mana-mana pihak dan keutamaan sekarang adalah terhadap MFL.

“Tiada komen. Kita tidak boleh menentukan orang mana mana (ciri-ciri yang layak dicalonkan ada pemilihan FAM). Itu sekiranya (jika dicalonkan oleh ahli gabungan).

“Susah (nak) cakaplah, saya masih lagi Presiden MFL,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media, kelmarin.

Sebelum ini, FAM hilang nakhoda apabila presidennya, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub meletakkan jawatan selepas menggalas jawatan itu hanya untuk tempoh enam bulan sebelum digantikan sementara oleh Datuk Yusoff Mahadi.

Mantan presiden yang juga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk memimpin FAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan The Red Warriors (TRW), Datuk Mohd. Irwan Rizal pernah menyenaraikan dua lagi kerabat iaitu pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon yang wajar untuk diangkat.

Selain itu, tokoh korporat seperti Tan Sri Tony Fernandes juga turut dikaitkan ke jawatan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN