fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk landa Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis).

“Bagi Sabah pula, kawasan yang terjejas adalah Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod),” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI