fbpx
M Kumar.

Geng Op Shadow terbabit 42 kes pecah rumah, larikan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawasan perumahan mewah berpagar kini bukan lagi ‘zon selamat’ apabila polis menumpaskan satu kumpulan jenayah terancang yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang.

Kumpulan dikenali sebagai ‘Op Shadow’ diketuai lelaki tempatan berusia 27 tahun itu dipercayai melarikan harta bernilai hampir RM1 juta selepas terbabit dalam sekurang-kurangnya 42 kes sejak tahun 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, operasi bersama JSJ Pulau Pinang pada 15 Februari lalu berjaya menahan lima suspek berusia 22 hingga 35 tahun.

“Lima suspek berusia 22 hingga 26 tahun mempunyai rekod jenayah dan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Tiga lagi suspek berusia 23 hingga 31 tahun telah dikenal pasti dan kini berada dalam tahanan di Penjara Jawi, Pulau Pinang dan Penjara Alor Setar atas kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak pendakwaan bersetuju menuduh kesemua ahli kumpulan itu di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pada 10 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI