fbpx
Dua minggu kehilangan anak sulung angkara kanser, Amyza masih menghantar mesej ke nombor WhatsApp putera kesayangan, Allahyarham Andre Mikhail sehingga kini bagi mengubat rasa rindu.

Amyza Aznan masih hantar mesej ke nombor WhatsApp anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas dua minggu mengharungi keperitan kehilangan putera sulungnya, Andre Mikhail, pelakon Amyza Aznan mengakui masih gagal membendung rasa rindu yang teramat dalam terhadap anaknya itu.

Dalam sebuah video menerusi hantaran InstaStory, Amyza, 50, memaparkan kiriman mesej WhatsApp di mana dia dilihat terus menghantar pesanan setiap hari ke nombor telefon arwah anaknya itu.

Dalam hantaran tersebut, Amyza berulang kali menzahirkan ucapan rindu serta titipan doa al-Fatihah buat Allahyarham Andre sebagai pengubat lara hatinya.

“Saya gagal, saya rindu. Anak, maaf saya rindu sangat,” katanya ringkas dalam InstaStory.

Menambah suasana hiba, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut memilih audio lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sebagai latar bunyi hantaran berkenaan.

Sebelum ini, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 23 Februari lalu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Ujian buat pelakon drama Budak Tebing itu tidak terhenti di situ apabila anak keduanya, Andrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu. Difahamkan, Andrian kini sedang menjalani rawatan alternatif bagi mendepani penyakit berkenaan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN