DIBERI kepercayaan memegang jawatan penting dalam bidang kepimpinan sejak di bangku sekolah telah membentuk jiwa pemimpin dalam diri Muhammad Hakim Mohd. Syafawi yang dedikasinya kini diteruskan di puncak menara gading. Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, semuanya bermula dengan pendedahan yang diberikan oleh bapanya sejak kecil. “Bapa saya merupakan seorang guru, jadi sejak kecil saya telah dididik dengan penuh disiplin dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan syarahan, debat,……














