fbpx
Orang ramai memilih pelbagai juadah berbuka puasa di Bazar Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

AmBank Bazar tawar pelbagai juadah berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA –   AmBank Bazar Ramadan di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Johor menawarkan  pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang menyelerakan kepada para pengunjungnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan AmBank, bazar ini menampilkan aneka hidangan daripada kuih-muih tradisional, lauk-pauk inspirasi kampung, sajian moden sehinggalah minuman segar penghilang dahaga selain berjaya menghimpunkan peniaga-peniaga tempatan dalam suasana yang meriah dan mesra keluarga.
“Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa, malah turut menyediakan platform untuk usahawan kecil dan sederhana menjana pendapatan sepanjang bulan yang mulia ini,” katanya.
Antara lokasi AmBank Bazar Ramadan adalah Presint 14, Putrajaya; Jalan Raja Uda, Kampong Bharu,  Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz, Kampung Bharu (HKL) dan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Bandar Baru UDA, Johor Bahru dan Bazar Kamunting, Taiping
“Kami berharap, bazar ini dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan antara institusi kewangan dengan masyarakat setempat.
“Selain menjadi destinasi pilihan untuk membeli juadah berbuka, AmBank Bazar Ramadan juga berfungsi sebagai ruang interaksi komuniti yang mengeratkan silaturahim dalam suasana Ramadan yang penuh makna,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI