fbpx
Mohamad ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil Daerah pada Majlis Khatam Al-Quran NSWO / PEKERTI NS Bersempena Nuzul Al-Quran 1447H/2026, di Seremban, hari ini.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Tangguh dulu tunai umrah, Asia Barat masih tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara rancangan menunaikan umrah berikutan keadaan keselamatan di Asia Barat yang masih tidak menentu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara memantau perkembangan situasi di rantau berkenaan dan Wisma Putra akan mengeluarkan nasihat setiap hari.

Menurut beliau, konflik yang berlaku boleh berubah pada bila-bila masa dan kerajaan tidak mahu mengambil risiko terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

“Kita masih lagi kekal menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah supaya menangguhkan dahulu hasrat mereka sehingga keadaan benar-benar stabil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Khatam Al Quran NSWO, Pekerti di Dewan Pekerti di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun serangan yang berlaku setakat ini tidak menyasarkan kawasan awam, keadaan keselamatan masih perlu dipantau dengan teliti.

“Serangan yang berlaku lebih menyasarkan berkepentingan pangkalan ketenteraan. Namun apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak dapat menjangka perkembangan seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata isu jemaah umrah yang sebelum ini terkandas kini semakin berkurangan selepas beberapa syarikat penerbangan telah menyambung semula operasi.

Antara syarikat penerbangan yang telah kembali beroperasi termasuk Malaysia Airlines dan Batik Air Malaysia serta syarikat penerbangan Timur Tengah seperti Emirates dan Qatar Airways yang menyambung penerbangan secara berperingkat selepas ruang udara dibuka semula.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI