fbpx
Gambar hiasan.

Simpanan RM76,113 wanita 70 tahun lesap diperdaya ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu gelabah akibat digertak kononnya akan diberkas kerana terlibat dalam jenayah, seorang pesara kerugian RM76,113 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Wanita berusia 70 tahun yang menyedari tertipu berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 11.17 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara itu telah dihubungi dua individu tidak dikenali mendakwa wakil syarikat insurans dan pegawai polis pada bulan Jun tahun lalu.

“Mangsa terkejut dan gementar apabila didakwa kononnya akan ditangkap kerana terlibat dalam kes jenayah.

“Suspek mengarahkan dia membuat pembayaran kononnya bagi tujuan membersihkan namanya daripada tuduhan jenayah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita warga emas tersebut yang gelabah akur dengan arahan suspek berkenaan.

Beliau berkata, pesara itu mengeluarkan wang simpannya dan melakukan pembayaran keseluruhan RM76,113 kepada suspek.

“Pindahan wang tersebut dilakukan ke dalam 19 akaun bank berasingan diberi suspek antara 12 Jun hingga 21 September tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI