fbpx
Fadillah (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Putrajaya, hari ini.

RUU had jawatan PM: Kerajaan yakin dapat kelulusan dua pertiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 akan mendapat kelulusan dua pertiga apabila ia dibentangkan semula pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau menyifatkan RUU itu adalah satu reformasi yang baik untuk negara.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata, beliau mengakui ada pandangan yang mempersoalkan keperluan mengehadkan jawatan Perdana Menteri itu.

“Namun, kerajaan berpandangan bahawa mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri itu adalah yang terbaik buat masa ini untuk negara kita.

“Ia menunjukkan komitmen Kerajaan Madani, terutama hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan perubahan kepada sistem pentadbiran negara.

“Ada yang mengatakan ianya menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak.

“Ini dah diberi penjelasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika penggulungan,” katanya ketika ditemui pada majlis iftar Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketidakhadiran lapan Ahli Parlimen pada sesi undian RUU berkenaan pada petang Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, beliau telah menerima penjelasan daripada semua Ahli Parlimen berkenaan mengenai ketidakhadiran itu.

“Dua daripada mereka sudah menghantar surat memberi penjelasan mengapa mereka tak hadir. Malah, ada yang dah berhubung dengan saya secara lisan menerangkan sebab.

“Ada yang terkandas di luar negara disebabkan penerbangan tak ada. Tapi rata-rata yang tak hadir, kecuali Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) yang mengatakan dia tidak bersetuju, yang lain semua menyokong.

“Cuma kebetulan keadaan pada waktu itu mereka tidak dapat hadir. Sebab itu jumlah yang hadir menyokong adalah 146 Ahli Parlimen,” katanya.

Isnin lalu, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI