fbpx
MC Grammer memecahkan rekod dunia selepas 859 pelajar menyertai pelajaran rap yang dianjurkannya. - Sam Parsons

859 pelajar sekolah sertai kelas rap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang guru dan artis di Britain memecahkan Guinness World Records selepas berjaya mengumpul lebih 850 pelajar untuk menyertai sesi pembelajaran rap, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

MC Grammar mencatatkan rekod sesi pembelajaran rap terbesar dunia di New Wimbledon Theatre, barat daya London baru-baru ini. 

Seramai 859 kanak-kanak dari 18 buah sekolah diajar cara untuk menyanyi rap dan menghasilkan irama sepanjang pelajaran selama 30 minit itu. 

“Kami mencipta sesi pembelajaran rap terbesar dunia dan ia sangat menakjubkan! 

“Ia merupakan detik besar buat kanak-kanak itu dan saya berharap ia menjadi kenangan yang mereka akan hargai selama-lamanya,” kata MC Grammar. 

Juri Guinness World Records, Craig Glenday berkata, percubaan memecahkan rekod dunia itu telah memberikan inspirasi dan menaikkan semangat semua peserta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI