fbpx
Gambar hiasan

Wanita warga asing ditemui mati dengan kesan kelar di leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang wanita warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada pukul 11.21 malam memaklumkan penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat premis berkenaan.

Menurut beliau, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa mengalami kecederaan kelaran di bahagian leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan forensik oleh Bahagian D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut menemukan kesan kelaran berulang pada leher mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.

“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN