fbpx
Pedro Neto (tengah) tidak akan beraksi awal pagi esok selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Arsenal.

EPL: Chelsea makin hilang identiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHELSEA – Pengurus Chelsea, Liam Rosenior memberikan amaran kepada barisan pemainnya supaya berwaspada dengan ancaman Aston Villa menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi esok.

The Blues berada dalam situasi cukup sukar dan mungkin terlepas peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Kekalahan kepada Arsenal kelmarin meletakkan Chelsea di tangga keenam liga, sekali gus memerlukan mereka untuk menewaskan Villa esok untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas.

“Aston Villa merupakan pasukan yang sangat baik, jadi kami perlu berwaspada dengan kemampuan mereka. semua orang tahu mereka menjaringkan gol yang banyak dan itu disebabkan mereka memiliki pemain serangan terbaik.

“Saya tunjukkan klip video pemain Villa kepada anak-anak buah saya dan mereka tahu kekuatan dan kelemahan dimiliki Villa. Kami tidak boleh leka kerana ia mampu mengundang bahaya kepada pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN