fbpx
Mohamad

Amanah kecam serangan Israel, AS terhadap Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang didakwa dilakukan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, semalam.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta mengancam kestabilan serantau yang disifatkan sudah pun berada dalam keadaan rapuh.

Menurut beliau, sebarang tindakan yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan hendaklah dihentikan serta-merta.

Katanya, serangan itu juga tidak sepatutnya berlaku ketika rundingan sedang berlangsung di Geneva, yang seharusnya dihormati oleh semua pihak terlibat termasuk Israel dan Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Mohamad turut mendesak negara-negara Arab supaya memutuskan hubungan dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap Iran agar keganasan di rantau Timur Tengah dapat dihentikan segera.

“Amanah menyeru semua pihak supaya menegakkan prinsip keadilan dan keamanan bagi mengelakkan kegawatan di Timur Tengah daripada terus berpanjangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI