WASHINGTON – Washington mula melancarkan serangan ke atas Iran, lapor media Amerika Syarikat(AS) hari ini, selepas Israel mengesahkan menyerang musuh ketatnya.
Beberapa saluran berita memetik pegawai AS berkata, Washington melancarkan serangan ke atas Iran dalam operasi bersama dengan Israel.
Tel Aviv juga turut melancarkan serangan dan menutup ruang udara Israel.
Pentagon tidak segera menjawab permintaan AFP untuk komen. – AFP














