fbpx
Amirudin (lima kiri) bersama wakil penerima insentif itu di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Penjawat awam Selangor dapat insentif raya sebulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penjawat awam di Selangor bakal menerima insentif khas sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) itu memanfaatkan 72,850 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM66.25 juta.

Jelas beliau, kerajaan negeri menghargai semangat dan komitmen tinggi penjawat awam yang menunjukkan prestasi terbaik tahun lalu.
“Justeru, bersempena Aidilfitri, pembayaran gaji akan diawalkan pada 13 Mac hingga 16 Mac ini.

“Bersesuaian dengan prestasi penjawat awam negeri, insentif khas sebulan gaji atau minimum RM1,000 akan disalurkan pada 19 Mac nanti,” katanya pada majlis Himpunan Akrab Mahabbah Insani Ramadhan Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini, petang ini.

Menurut Amirudin, insentif satu bulan elaun turut akan diberikan kepada semua pemimpin masyarakat dan ketua komuniti di negeri ini.

“Bagi guru-guru rakyat dan petugas masjid, mereka juga akan menerima insentif RM500,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN