fbpx
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa kemalangan di Tanjung Tokong, pagi tadi. Foto ihsan JBPM

Dua beradik cedera kereta Toyota Vios terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasangan adik-beradik warga emas mengalami kecederaan parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Tanjung Tokong di sini, pagi tadi.

Mangsa lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 70-an dan 76 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan pada seluruh anggota badan akibat tersepit di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Vios.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.46 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal.

“Kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan pada 7.17 pagi tadi dengan menggunakan peralatan khas dan mengalami kecederaan pada seluruh anggota badan.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian dan seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang,” katanya di sini, tadi.

Jelasnya lagi, operasi menyelamat tamat pada pukul 7.51 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN