fbpx
Gambar hiasan

Pelajar 12 tahun ‘disentuh’ dalam semak berdekatan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun dipercayai diserang secara seksual sebelum ditinggalkan di dalam semak berhampiran sekolahnya di daerah ini, semalam.

Menurut sumber, mangsa ditemui oleh ahli keluarga dalam keadaan terbaring di dalam semak sambil menangis kerana ketakutan kira-kira pukul 7 malam.

Katanya, kanak-kanak itu disedari hilang oleh guru sekolahnya selepas mendapati mangsa tidak masuk ke kelas tambahan pada pukul 1.05 tengah hari.

“Usaha mencari mangsa dilakukan sehinggalah semakan sistem televisyen litar tertutup sekolah (CCTV) mendapati kelibat mangsa keluar dari kawasan sekolah sekitar waktu tengah hari.

“Hasil soal siasat, mangsa memberitahu dia keluar dari sekolah selepas terlihat sebuah kereta seperti milik ibunya, namun beredar apabila mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.

Tambahnya, mangsa mendakwa lelaki terbabit bagaimanapun tiba-tiba mengejarnya menyebabkan dia berlari ke arah semak berhampiran untuk bersembunyi.

“Lelaki itu kemudian menyuruh mangsa menanggalkan pakaian sekolah sebelum menyentuh pipi kanak-kanak itu serta mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefon bimbit sebelum beredar meninggalkan kawasan semak.

“Mangsa kemudian dijumpai ahli keluarganya yang melakukan operasi mencari sekitar kawasan sekolah pada kira-kira jam 7 malam tadi (semalam) sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN