Gambar mencuit hari orang ramai penangan resipi Khairul Aming.

Kecoh sos plum habis stok, loyang berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Penangan 30 Hari 30 Resipi pempengaruh Khairul Aming membuatkan ramai tidak keruan setiap kali bulan Ramadan.

Pelbagai kerenah dan keletah pengikut Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dapat dilihat terutama apabila mereka berkongsi hasil masakan masing-masing dengan kebanyakan masakan tidak menjadi disebabkan mereka hanya masuk dapur pada bulan Ramadan.

Video yang dikongsi ada yang lucu dan ada juga memaparkan kegembiraan satu keluarga apabila resipi yang paling mencabar setakat ini, iaitu puding karamel menjadi dan terletak cantik.

Ada yang kata resipi puding karamel yang ditambah baik tahun ini dengan diletakkan roti bagi mengurangkan ‘tidak jadi’ bertukar menjadi kegembiraan jika ia jatuh terletak apabila diterbalikkan (bahagian paling sukar).

Lucunya kali ini Khairul Aming tidak memberikan satu resipi setiap hari sebaliknya tiga resipi membuatkan pengikutnya agak tertekan dalam menyiapkan ‘tugasan’ itu.

Selain itu, penangan resipinya yang menggunakan sos plum (ayam masak plum) kecoh apabila sos itu ‘licin’ di pasar raya.

Sehinggakan ada pasar raya yang mahu Khairul Aming memaklumkan terlebih dahulu bahan untuk masakan resipinya kepada mereka agar lebih bersedia untuk menyediakan stok yang banyak kepada pelanggan.

Sos plum ini merupakan sos yang jarang digunakan dalam masakan Melayu dan di rak pasar raya juga bukan sos dominan seperti sos cili dan tomato.

Memang tercari-carilah pengikut Khairul Aming sehingga ada yang pergi ke empat pasar raya masih gagal mendapatkannya. Sos plum tidak nampak bayang sehingga ada yang membelinya dalam talian sahaja.

Kena tunggulah seminggu lagi barulah boleh cuba resipi ayam masak plum.

Selain sos plum yang mendunia Ramadan ini, pekakas membuat puding karamel iaitu loyang juga mencetuskan perdebatan. Ada pengikut Khairul Aming yang tidak pernah masuk dapur membuat puding itu menggunakan loyang kek berlubang.

Disebabkan mereka tidak pernah masuk dapur kecuali Ramadan, loyang yang sepatutnya digunakan pun tidak tahu.

Habis hilang tumpah adunan puding itu kerana menggunakan loyang berlubang yang hanya digunakan untuk membuat kek kerana adunannya lebih kental.

Ada juga yang memasak puding karamel dalam microwave (ketuhar gelombang micro) yang digunakan untuk panaskan lauk.

Nampaknya ramai pengikut Khairul Aming tidak lulus lagi untuk berkahwin kerana banyak lagi ilmu rumah tangga masak memasak tidak tahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN