RAMADAN sudah memasuki minggu kedua dan lazimnya, persiapan Aidilfitri merupakan antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh semua masyarakat. Pada masa sama, platform e-dagang dan media sosial semakin rancak dibanjiri dengan promosi dan tawaran yang memukau pandangan pengguna. Pelbagai rekaan yang tampak eksklusif dengan pilihan warna yang pelbagai, potongan menarik yang digayakan oleh model maya tampak begitu premium dan meyakinkan. Dalam keghairahan peniaga menghasilkan kandungan, masih ada yang mengambil kesempatan dengan menggunakan visual yang dijana sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI),…














