BAGI warga penduduk Bandar Pulai Jaya di Ipoh, Perak, hobi memancing bukan sekadar aktiviti santai, malah menjadi jambatan ukhuwah yang menyatukan penduduk di pelbagai peringkat usia. Sekumpulan penduduk kawasan tersebut menganjurkan aktiviti memancing ikan siakap putih di estuari Telaga Nenas Air Tawar, Perak dengan menyewa beberapa buah bot di jeti Gapis Aqua Game. Seawal pukul 7 pagi, peserta yang terdiri daripada golongan belia, bapa-bapa serta beberapa warga emas berkumpul di lokasi. Wajah ceria dan semangat jelas terpancar apabila masing-masing membawa……













